Satu Jawapan Setelah Pulang Dari Ijtimak 3 Hari.
TABLIGH SINCE 1978
Assalamualaikum wbt
Setelah 3 hari berkampung di Nilai bersama 4 anak lelaki Abu basyir yang Hafiz al-Quran., baru hari ini abu basyir sempat jengok Teranungkite..thread ni nampaknya hebat sambutan luahan pendapat.
Dibaca dengan hati terbuka.Izinkan Abu Basyir menulis dan bacalah tulisan ini dengan hati terbuka.InsyaAllah Abu Basyir tulis seikhlas hati dari pengalaman dalam Tabligh 30 tahun. Dari seorang yang TIDAK cermat menjaga solat kemudian di rayu oleh pelajar senior Tabligh untuk solat dan Alhamdulillah hari ini Abu Basyir amat berusaha mencari fardhu di Mesjid/surau. Berdiri dibelah kanan Imam dan mendapatkan Takbir Ula. Selesai solat merasa takut dan harap.
Permulaan ayat bukan hendak menunjuk2 yang kesemua anak lelaki Abu Basyir Hafiz Al-Quran tetapi untuk menunjukkan kurniaan Allah dan asbab menghayati kesan pimpinanTabligh. Syukur juga 3 anak perempuan Abu Basyir juga hafizah Al-Quran dan sentiasa berpurdah.
Setiap hari Abubasyir mengadakan majlis ilmu masail dan fadhail di rumah bersama anak isteri.Anak lelaki Abu Basyir akan ke Syria untuk mendalami ilmu agama.
Niat Abu Basyir ialah agar dapat mati dalam keredhaan Allah. Mati mengucap 2kalimah syahadah.
Apa yang Abu Basyir dapat dalam Tabligh selepas 30 tahun?
1. Menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.
Cuba mentaati SEMUA perintah Allah dan cuba menghayati SEMUA sunnah Rasulullah saw sehingga berjumpa batu dijalanan Abu basyir akan buangkan kerana ia bakal menyusdahkan orang lain.
2. Abu Basyir akan menjaga solat berjemaah 5 waktu dan cuba beristiqamah dalam solat sunat Dhuha, Awabin, Tahajud, Tasbih ,witir dan lain-lain solat sunat.
3. Abu basyir akan hadir kuliyyah ustaz2, beli kaset TGHH dan TGNA
dan semua ulamak-ulamak. Sebab ulamak Tabligh ARAHkan kami belajar ilmu masail dari ulamak2 tempatan.
Abu Basyir membaca kitab2 fadjail amal kelauran Tabligh dan lain2 kitab juga seperti Tanbighul Ghafilin, Ihya Ulumuddin, Duratun Nasihin, Al Jawaharil Mauhub, sirah salikin, Al-Hikam dan lain-lain.
4. Abu Basyir amat menyayangi SEMUA umat manusia. Sentiasa mendokan agar SEMUA orang diberi hidayat. Mengasihi kanak-kanak, anak yatim, menghormati orang tua-tua, jaga hubungan dengan jiran walaupun kafir. Menunaikan hak orang Islam dan tidak mengambil hak mereka. membantu orang susah, janda dan anak yatim. Zakat , Abu basyir bagi direct ke tangan orang susah. Orang mukmin yang terbaik ialah yang paling banyak manafaat kepada orang lain. Abu basyir TIDAK akan membuang sampah merata-rata dan tidak akan langgar lampu merah. Membantu khidmat kenduri kendara jiran PAs dan jiran UMNO.
5. Abu Basyir sedaya upaya dalam kelemahan melakukan amal dengan niat mencari redha Allah. Kadang terasa ingin dipuji tetapi segera beristighfar kerana menyedari hanya amalan yang ikhlas diterima Allah.
6. Abu Basyir kini nekad untuk berkorban apa sahaja untuk agama yang suci murni ini. Korban diri dan harta untuk agama. Semoga Allah pilih Abu basyir mati syahid. Di Malaysia, Abu Basyir terlibat dengan aktiviti Tabligh yang berusaha pujuk rayu umat Islam agar kembali kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. kerja dibuat dengan hikmah dan kasih sayang. tidak berkefrontasi dengan sesiapa. Untuk membina surau Abu Basyir dapatkan sebahagian besar dana dari rakan-rakan Tabligh.
Di surau Abu Basyir orang PAS dan UMNO makan sedulang. Kami amat berkasih sayang antara satu sama lain. Abu Basyir MENYOKONG semua gerakan ISLAM.
Di peringkat global Abu Basyir pernah bertabligh ke Indonesia, Thailand, Singapura, Sri Langka, India, Pakistan dan Saudi Arabia. Doa Abu Basyir " Ya Allah jangan matikan saya sehingga seluruh negara saya jelajahi menyebarkan agamaMU"
Kawan-kawan Abu Basyir berkat usaha Tabligh berada si SELURUH dunia.
Terlalu banyak untuk dikongsi pengalaman semasa bertabligh meninggikan kalimah Allah.
Sukacita dimaklumkan kami TIDAK pernah mengajak orang kepada TABLIGH TETAPI mengajak manusia hanya kepada ALLAH.
Terakhir ingin juga merakamkan kesedihan atas tulisan CrayonSinChan yang tulisannya bercampur antara benar dan fitnah. InsyaAllah kelemahan yang tuan tonjolkan akan diperbaiki dan semoga diampunkan oleh Allah swt dan bagi fitnah yang saudara tuliskan semoga Allah mengampuni tuan.
Selepas ijtimak Malaysia ini dalam bulan ini juga akan diadakan
ijtimak Filipina
ijtimak Indonesia
Ijtimak Singapura
Abu Basyir
(Satu Tulisan Jawapan Kepada Naters Di Tranungkite Yang Penulis Minati)
No comments:
Post a Comment