Sunday, April 5, 2009

Galaksi

Galaksi adalah satu rangkaian sistem besar yang terdiri daripada bintang-bintang dan bahan-bahan antara bintang yang mengandungi beberapa million hingga trillion bintang yang mempunyai jisim di antara beberapa million dan trillion kali ganda berbanding matahari, mempunyai kelebaran beberapa ribu hingga seratus ribu tahun cahaya, biasanya diasingkan oleh bermillion tahun jarak cahaya. Galaksi-galaksi ini datang dalam pelbagai jenis: berpilin, lentil, bujur dan tidak berbentuk. Selain bintang-bintang asas, mereka biasanya mengandungi pelbagai jenis kumpulan-kumpulan bintang dan nebula.

Kita semua hidup di dalam sebuah galaksi berpilin yang sangat besar, Galaksi Bimasakti, berdiameter 100, 000 tahun cahaya dan mempunyai jisim kasar satu trillion jisim matahari. Galaksi kerdil paling hampir, satelit Bimasakti, hanya berjarak 100, 000 tahun cahaya manakala jiran terbesar paling hampir, Galaksi Andromeda, juga berpilin, ialah kira-kira dua hingga tiga million tahun cahaya jaraknya.

Berpilin

Galaksi berpilin

Galaksi berpilin biasanya terdiri daripada dua komponen utama: sebuah cakera rata yang besar dan sering mengandungi begitu banyak bahan-bahan antara bintang ( kadangkala dilihat sebagai kepulan nebula berwarna merah atau sebagai awan-awan habuk yang gelap ) dan rangkaian kelompok terbuka bintang-bintang muda dan sekutunya, yang terhasil daripada mereka ( dikesan daripada cahaya kebiru-biruan yang sangat panas, mempunyai jangka hayat yang pendek, dan kebanyakan bintang-bintang besar ), biasanya disusun dalam corak yang nyata dan terang dan/atau struktur bar, dan komponen berbonggol yang terbentuk daripada elips, terdiri daripada populasi bintang tua tanpa bahan antara bintang, dan sering dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan berbentuk bulat. Bintang-bintang muda di dalam cakera diklasifikasikan sebagai populasi bintang I manakala bonggolan bintang-bintang tua sebagai populasi bintang II. Hubungan kecerahan dan jisim komponen-komponen ini dilihat amat berbeza antara satu sama lain, menyebabkan wujudnya satu sistem pengklasifikasian. Corak bentuk-bentuk dalam cakera mungkin sekali disebabkan fenomena yang bersifat sementara sahaja, disebabkan oleh interaksi graviti antara galaksi.

Matahari ialah satu daripada beberapa ratus billion bintang dalam galaksi berpilin, Bimasakti.

Lentil

Secara ringkasnya, ini adalah “galaksi berpilin tanpa struktur berpilin”, contohnya galaksi cakera yang rata, di mana pembentukan bintang-bintang telah berhenti sejak lama dahulu disebabkan bahan-bahan antara bintang telah habis digunakan. Oleh itu, galaksi ini terdiri daripada populasi II bintang-bintang yang telah tua sahaja atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya. Berdasarkan rupa bentuk dan kandungan-kandungan bintang, galaksi ini sering sukar untuk dibezakan daripada galaksi jenis elips.

Elips ( Bujur )

Galaksi berbetuk elips

Galaksi berbentuk elips berbentuk bujur dan ahli astronomi telah ,mengenal pasti bahawa ia mengandungi tiga paksi ( triaxial ). Galaksi ini mempunyai sedikit atau langsung tiada sudut momentum seperti tidak berulang secara menyeluruh ( tentu sekali, bintang-bintang itu masih mengelilingi bahagian tengah galaksi ini tetapi orbit diorientasikan secara statistik supaya hanya sedikit momentum keseluruhan yang terhasil. Biasanya, galaksi berbentuk bujur mengandungi sangat sedikit atau langsung tiada bahan-bahan antara bintang dan terdiri daripada populasi II bintang-bintang tua sahaja. Mereka kelihatan seperti bonjol bercahaya yang berpilin tanpa komponen cakera.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah galaksi berbentuk bujur, komponen cakera telah ditemui, jadi mereka mungkin mewakili bahagian hujung daripada pembentukan galaksi yang sama termasuk cakera-cakera galaksi.

Tidak berbentuk

Galaksi tidak berbentuk

Biasanya disebabkan keadaan graviti yang tidak stabil di antara jiran-jiran antara galaksi, galaksi jenis ini tidak menepati ciri-ciri cakera atau galaksi berbentuk bujur, tetapi mempamerkan bentuk yang luar biasa. Walau bagaimanapun, subkelas cakera-cakera yang tidak stabil selalu terjadi.

Berdasarkan bentuk mereka, galaksi diklasifikasikan seperti ciri-ciri di atas, berpilin, lentil, bujur dan tidak berbentuk, di mana pilin boleh dikelaskan lagi mengikut kehadiran bar ( S:berpilin, SAB:secara langsung, SB:pilin berpalang ). Secara lebih tepat lagi, galaksi-galaksi berbentuk bujur disubklasifikasikan berdasarkan kebujuran daripada E7 (tersangat bujur) kepada E0 (bulat) dan berpilin bagi bonjolan yang terserlah berlawanan dengan pilin yang berbentuk panjang daripada Sa (atau SABa, Sba) kepada Sc atau Sd. Sistem Klasifikasi Hubble ini boleh ditunjukkan dengan baik melalui galaksi-galaksi Messier.

Bagi semua jenis galaksi, walaupun mempunyai rupa bentuk yang pelbagai, mempunyai banyak ciri-ciri persamaan. Terdapat berbilion-bilion kumpulan bintang seperti matahari. Kebanyakan bintang-bintang ini tidak wujud secara bersendirian di dalam cakerawala seperti matahari tetapi wujud secara berpasangan (binari) atau dalam pelbagai sistem.

Galaksi raksasa adalah galaksi yang paling besar di mana ia adalah sejuta kali lebih besar daripada cahaya. Bacaan jisim mereka wujud secara berbeza daripada berjuta-juta kali lebih tumpat daripada matahari contohnya bintang kerdil ke trillion kali matahari bagi bintang-bintang besar contohnya M87 atau M77.

Secara turutan, bilangan bintang-bintang di dalam galaksi adalah pelbagai dalam julat yang sama.

Saiz linear galaksi juga bertaburan, bermula daripada beberapa ribu diameter tahun cahaya bintang-bintang kerdil hingga ke 100, 000 tahun cahaya. Di antara contoh Galaksi Messier terbesar ialah Galaksi Andromeda M31 dan galaksi Seyfert II M77.

Galaksi Bimasakti, sebuah galaksi berpilin, ialah antara galaksi paling besar dengan sekurang-kurangnya 250 bilion jisim solar yang aktif dan bercahaya dan diameter cakera seluas 100, 000 tahun cahaya.
Galaksi Bima Sakti

Selain bintang-bintang tunggal, kebanyakan galaksi mengandungi objek-objek berikut:

Kumpulan bintang-bintang besar tetapi agak padat dengan 100, 000 hingga beberapa juta bintang. Kumpulan besar ini mengandungi jisim yang hampir sama dengan galaksi-galaksi kecil dan antara objek tertua di dalam galaksi. Biasanya, mereka membentuk sistem yang tidak jelas dan terjadi pada setiap jenis dan bentuk galaksi. Jumlah bintang berbeza-beza bilangannya dalam sistem ini.


Apabila bintang-bintang ini berkembang, kebanyakan mereka meninggalkan serpihan-serpihan nebula ( planet-planet nebula atau serpihan-serpihan supernova) yang mana kemudiannya akan membentuk rangkaian galaksi.
Manakala bagi bintang-bintang yang telah tua, termasuk kumpulan-kumpulan besar, cenderung untuk membentuk bonjolan bujur, bahan-bahan antara gas dan habuk selalunya akan berkumpul dalam bentuk awan hampir dengan pusat cakera di mana biasanya tidak jelas ( seperti galaksi berpilin dan galaksi lentil ).
Bahan antara awan-awan ini merupakan tempat pembentukan bintang. Lebih tepat lagi, nebula besar yang terpancar adalah tempat di mana kumpulan terbuka bintang-bintang dan sekutunya terhasil.
Nukleus galaksi yang lebih tumpat biasanya mengandungi objek hitam yang sangat besar di mana selalunya dianggap sebagai lubang hitam.

Menurut pendapat semasa ahli sains, sekurang-kurangnya beberapa buah galaksi termasuk Galaksi Bimasakti dan yang berada dalam Katalog Messier telah terbentuk dalam selang masa yang singkat dalam masa yang sama di antara beberapa juta tahun selepas alam semesta terbentuk dan berkembang bermula daripada sebuah gas panas. Maka, mereka juga hampir seusia dengan alam semesta dan dianggarkan berusia di antara 10 hingga 15 juta tahun. Dipercayai bahawa pembentukan galaksi bermula apabila bahan-bahan gas yang membentuk awan-awan pertama sebelum terbentuknya galaksi( hydrogen dan helium ) telah dikenalpasti dan mula runtuh kerana gravitinya sendiri. Menurut simulasi komputer, pembentukan pelbagai jenis galaksi adalah kesan daripada permulaan parameter proto-galaksi yang berlainan seperti kuantiti awal momentum dan ketika evolusi di persekitaran masing-masing seperti komunikasi di antara jiran-jiran galaksi.

Dipetik dari:

http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/galaksi.htm
Rahsia Masa

RELATIVITI MASA DAN HAKIKAT TAKDIR


Semua yang telah diterangkan di atas menunjukkan bahawa sebuah "ruang tiga-dimensi" sebenarnya tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasikan oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bersalahan dengan sebab musabab dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga-dimensi yang sah.

Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan karut seperti yang pertama juga.


Persepsi Masa


Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode dengan satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, tidak akan ada persepsi masa.

Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah bilik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.

Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami satu "ketika" yang sedang didiami kini.


Penjelasan Saintifik Ruang Kosong


Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan berikut di dalam bukunya Le Jeu des Possibles (The Possible and the Actual):



Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya berundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air. Tetapi, di dalam sebuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemerosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat berfungsi secara songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini. 190

Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristiwa tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia berkaitan sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.


Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad ke-20, Elbert Einstein. Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya The Universe and Dr. Einstein:


Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai sesuatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan aturan objek-objek material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik melalui perkataan Einstein sendiri. "Pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa"; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal" dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor yang menggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 191

Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: "ruang dan masa adalah bentuk-bentuk gerak hati, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz". Menurut Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".192

Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah berkaitan.

Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semula jadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".193

Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.



Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah di masukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan tidak mempunyai erti.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori Asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti".

Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua orang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia 3 tahun; maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.194

Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah latar yang masa menjadi singkat, degup jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa. Sememangnya kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.

Relativiti Di Dalam Al-Quran

Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah persepsi yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam al-Quran 14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalam al-Quran berkaitan dengan relativiti masa.

Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh al-Quran:

(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (Surah Al-Isra:52)

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia. (Surah Yunus:45)

Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (Suranh Al- Mu'minuun:112-114)

Di dalam ayat-ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Surah Al-Hajj: 47)

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (Surah Maarij:4)

Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abad ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh al-Quran, merupakan tanda bahawa al-Quran telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.

:ARTIKEL INI DIPETIK DARI BUKU "PENIPUAN TEORI EVOLUSI". karangan Harun Yahya.

assalammualaikum...

assalammualaikum...