Sunday, April 5, 2009

Galaksi

Galaksi adalah satu rangkaian sistem besar yang terdiri daripada bintang-bintang dan bahan-bahan antara bintang yang mengandungi beberapa million hingga trillion bintang yang mempunyai jisim di antara beberapa million dan trillion kali ganda berbanding matahari, mempunyai kelebaran beberapa ribu hingga seratus ribu tahun cahaya, biasanya diasingkan oleh bermillion tahun jarak cahaya. Galaksi-galaksi ini datang dalam pelbagai jenis: berpilin, lentil, bujur dan tidak berbentuk. Selain bintang-bintang asas, mereka biasanya mengandungi pelbagai jenis kumpulan-kumpulan bintang dan nebula.

Kita semua hidup di dalam sebuah galaksi berpilin yang sangat besar, Galaksi Bimasakti, berdiameter 100, 000 tahun cahaya dan mempunyai jisim kasar satu trillion jisim matahari. Galaksi kerdil paling hampir, satelit Bimasakti, hanya berjarak 100, 000 tahun cahaya manakala jiran terbesar paling hampir, Galaksi Andromeda, juga berpilin, ialah kira-kira dua hingga tiga million tahun cahaya jaraknya.

Berpilin

Galaksi berpilin

Galaksi berpilin biasanya terdiri daripada dua komponen utama: sebuah cakera rata yang besar dan sering mengandungi begitu banyak bahan-bahan antara bintang ( kadangkala dilihat sebagai kepulan nebula berwarna merah atau sebagai awan-awan habuk yang gelap ) dan rangkaian kelompok terbuka bintang-bintang muda dan sekutunya, yang terhasil daripada mereka ( dikesan daripada cahaya kebiru-biruan yang sangat panas, mempunyai jangka hayat yang pendek, dan kebanyakan bintang-bintang besar ), biasanya disusun dalam corak yang nyata dan terang dan/atau struktur bar, dan komponen berbonggol yang terbentuk daripada elips, terdiri daripada populasi bintang tua tanpa bahan antara bintang, dan sering dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan berbentuk bulat. Bintang-bintang muda di dalam cakera diklasifikasikan sebagai populasi bintang I manakala bonggolan bintang-bintang tua sebagai populasi bintang II. Hubungan kecerahan dan jisim komponen-komponen ini dilihat amat berbeza antara satu sama lain, menyebabkan wujudnya satu sistem pengklasifikasian. Corak bentuk-bentuk dalam cakera mungkin sekali disebabkan fenomena yang bersifat sementara sahaja, disebabkan oleh interaksi graviti antara galaksi.

Matahari ialah satu daripada beberapa ratus billion bintang dalam galaksi berpilin, Bimasakti.

Lentil

Secara ringkasnya, ini adalah “galaksi berpilin tanpa struktur berpilin”, contohnya galaksi cakera yang rata, di mana pembentukan bintang-bintang telah berhenti sejak lama dahulu disebabkan bahan-bahan antara bintang telah habis digunakan. Oleh itu, galaksi ini terdiri daripada populasi II bintang-bintang yang telah tua sahaja atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya. Berdasarkan rupa bentuk dan kandungan-kandungan bintang, galaksi ini sering sukar untuk dibezakan daripada galaksi jenis elips.

Elips ( Bujur )

Galaksi berbetuk elips

Galaksi berbentuk elips berbentuk bujur dan ahli astronomi telah ,mengenal pasti bahawa ia mengandungi tiga paksi ( triaxial ). Galaksi ini mempunyai sedikit atau langsung tiada sudut momentum seperti tidak berulang secara menyeluruh ( tentu sekali, bintang-bintang itu masih mengelilingi bahagian tengah galaksi ini tetapi orbit diorientasikan secara statistik supaya hanya sedikit momentum keseluruhan yang terhasil. Biasanya, galaksi berbentuk bujur mengandungi sangat sedikit atau langsung tiada bahan-bahan antara bintang dan terdiri daripada populasi II bintang-bintang tua sahaja. Mereka kelihatan seperti bonjol bercahaya yang berpilin tanpa komponen cakera.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah galaksi berbentuk bujur, komponen cakera telah ditemui, jadi mereka mungkin mewakili bahagian hujung daripada pembentukan galaksi yang sama termasuk cakera-cakera galaksi.

Tidak berbentuk

Galaksi tidak berbentuk

Biasanya disebabkan keadaan graviti yang tidak stabil di antara jiran-jiran antara galaksi, galaksi jenis ini tidak menepati ciri-ciri cakera atau galaksi berbentuk bujur, tetapi mempamerkan bentuk yang luar biasa. Walau bagaimanapun, subkelas cakera-cakera yang tidak stabil selalu terjadi.

Berdasarkan bentuk mereka, galaksi diklasifikasikan seperti ciri-ciri di atas, berpilin, lentil, bujur dan tidak berbentuk, di mana pilin boleh dikelaskan lagi mengikut kehadiran bar ( S:berpilin, SAB:secara langsung, SB:pilin berpalang ). Secara lebih tepat lagi, galaksi-galaksi berbentuk bujur disubklasifikasikan berdasarkan kebujuran daripada E7 (tersangat bujur) kepada E0 (bulat) dan berpilin bagi bonjolan yang terserlah berlawanan dengan pilin yang berbentuk panjang daripada Sa (atau SABa, Sba) kepada Sc atau Sd. Sistem Klasifikasi Hubble ini boleh ditunjukkan dengan baik melalui galaksi-galaksi Messier.

Bagi semua jenis galaksi, walaupun mempunyai rupa bentuk yang pelbagai, mempunyai banyak ciri-ciri persamaan. Terdapat berbilion-bilion kumpulan bintang seperti matahari. Kebanyakan bintang-bintang ini tidak wujud secara bersendirian di dalam cakerawala seperti matahari tetapi wujud secara berpasangan (binari) atau dalam pelbagai sistem.

Galaksi raksasa adalah galaksi yang paling besar di mana ia adalah sejuta kali lebih besar daripada cahaya. Bacaan jisim mereka wujud secara berbeza daripada berjuta-juta kali lebih tumpat daripada matahari contohnya bintang kerdil ke trillion kali matahari bagi bintang-bintang besar contohnya M87 atau M77.

Secara turutan, bilangan bintang-bintang di dalam galaksi adalah pelbagai dalam julat yang sama.

Saiz linear galaksi juga bertaburan, bermula daripada beberapa ribu diameter tahun cahaya bintang-bintang kerdil hingga ke 100, 000 tahun cahaya. Di antara contoh Galaksi Messier terbesar ialah Galaksi Andromeda M31 dan galaksi Seyfert II M77.

Galaksi Bimasakti, sebuah galaksi berpilin, ialah antara galaksi paling besar dengan sekurang-kurangnya 250 bilion jisim solar yang aktif dan bercahaya dan diameter cakera seluas 100, 000 tahun cahaya.
Galaksi Bima Sakti

Selain bintang-bintang tunggal, kebanyakan galaksi mengandungi objek-objek berikut:

Kumpulan bintang-bintang besar tetapi agak padat dengan 100, 000 hingga beberapa juta bintang. Kumpulan besar ini mengandungi jisim yang hampir sama dengan galaksi-galaksi kecil dan antara objek tertua di dalam galaksi. Biasanya, mereka membentuk sistem yang tidak jelas dan terjadi pada setiap jenis dan bentuk galaksi. Jumlah bintang berbeza-beza bilangannya dalam sistem ini.


Apabila bintang-bintang ini berkembang, kebanyakan mereka meninggalkan serpihan-serpihan nebula ( planet-planet nebula atau serpihan-serpihan supernova) yang mana kemudiannya akan membentuk rangkaian galaksi.
Manakala bagi bintang-bintang yang telah tua, termasuk kumpulan-kumpulan besar, cenderung untuk membentuk bonjolan bujur, bahan-bahan antara gas dan habuk selalunya akan berkumpul dalam bentuk awan hampir dengan pusat cakera di mana biasanya tidak jelas ( seperti galaksi berpilin dan galaksi lentil ).
Bahan antara awan-awan ini merupakan tempat pembentukan bintang. Lebih tepat lagi, nebula besar yang terpancar adalah tempat di mana kumpulan terbuka bintang-bintang dan sekutunya terhasil.
Nukleus galaksi yang lebih tumpat biasanya mengandungi objek hitam yang sangat besar di mana selalunya dianggap sebagai lubang hitam.

Menurut pendapat semasa ahli sains, sekurang-kurangnya beberapa buah galaksi termasuk Galaksi Bimasakti dan yang berada dalam Katalog Messier telah terbentuk dalam selang masa yang singkat dalam masa yang sama di antara beberapa juta tahun selepas alam semesta terbentuk dan berkembang bermula daripada sebuah gas panas. Maka, mereka juga hampir seusia dengan alam semesta dan dianggarkan berusia di antara 10 hingga 15 juta tahun. Dipercayai bahawa pembentukan galaksi bermula apabila bahan-bahan gas yang membentuk awan-awan pertama sebelum terbentuknya galaksi( hydrogen dan helium ) telah dikenalpasti dan mula runtuh kerana gravitinya sendiri. Menurut simulasi komputer, pembentukan pelbagai jenis galaksi adalah kesan daripada permulaan parameter proto-galaksi yang berlainan seperti kuantiti awal momentum dan ketika evolusi di persekitaran masing-masing seperti komunikasi di antara jiran-jiran galaksi.

Dipetik dari:

http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/galaksi.htm

No comments:

Post a Comment

assalammualaikum...

assalammualaikum...