Firman Allah: " Barangsiapa yang menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia akan melapangkan dadanya untuk (memeluk)Islam. Dan barangsiapa dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-oleh ia sedang mendaki ke langit." (Surah Al-An'am: 1.25)
Hidayah dan tauhid merupakan sebab terbesar yang melapangkan dada. Syirik dan kesesatan adalah sebab paling utama yang menyesakkan dan menyempitkan dada.
Di antara sebab yang melapangkan dada adalah cahaya yang dicampakan oleh Allah swt dalam hati seorang hamba, iaitu cahaya keimanan. Sesungguhnya ia melapangkan dada dan meluaskannya serta mengembirakan hati. Jika cahaya ini hilang dari hati seorang hamba maka hatinya jadi sempit dan sesak. Jadilah ia berada pada penjara sangat sempit dan sulit.
At- Tirmizi meriwayatkan dalam kitabnya Al-Jami, dari Nabi saw bahawa Baginda Bersabda:
"Apabila cahaya masuk ke hati, maka hati akan terbuka dan lapang." Mereka bertanya, "Apakah tanda-tandanya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Kembali kepada tempat abadi, menyingkir dari tipu daya, dan bersiap untuk mati sebelum datang waktunya."
(Diriwayatkan Oleh Ath-Thabari, 8/27 dan disebutkan juga oleh As-Sayuthi dalam kitab Ad-Durr Al-Mantsur, 3/44)
Seseorang akan mendapatkan lapang dada sesuai dengan apa yg didapatkannya dari cahaya itu. Demikian juga halnya cahaya indrawi dan kegelapan indrawi.
Antara perkara yang melapangkan dada adalah Ilmu. Sesungguhnya ilmu dapat melapangkan dada dan meluaskannya hingga lebih luas daripada dunia. Sedang kebodohan megakibatkan kesempitan, keterbatasan, dan kongkongan. Setiap kali Ilmu seseorang bertambah maka dadanya semakin lapang dan luas. Namun hal ini tidak berlaku bagi semua Ilmu. Akan tetapi hanya Ilmu yang diwarisi dari Rasulullah saw, iaitu Ilmu bermanfaat. Orang-orang yang memilikinya adalah manusia-manusia paling lapang dada, sangat terbuka hati, lebih bagus Akhlak, dan terbaik dalam kehidupan.
Bersambung.....