Allah Khaliq, Allah Malik. Kejayaan manusia dalam kesempurnaan agama,
taat seluruh perintah Allah dan ikut seluruh sunnah nabi s.a.w.
Alhamdulillah, kami dalam perjalanan 4 bulan ini banyak yang dapat
dipelajari. Perkara utamanya ialah bagi masa dalam kerja dakwah. Kerja
dakwah adalah kerja utama dan maksud kepada umat ini dihantar, kerja2
lain adalah tidak ubah seperti keperluan saja. Di ijtimak Detroit,
maulana Mat Lat menangis begitu sekali sebab karkun banyak habiskan masa
dengan kerja keduniaan mereka. Bagaimana Allah akan percepatkan bantuan
dan pertolongannya sedangkan kita tidak sungguh2. Banyak kerja2 masjid
tidak dapat dihidupkan dan keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan semakin
menjadi routine. Umat begitu dahaga pada agama dan usaha untuk beri air
agama kepada mereka begitu berkurangan. Banyak yang telah mati dalam
kehausan agama dan akan terus haus di dalam kesengsaraan api neraka
Allah s.w.t (lindungilah kami wahai Allah).
Karkuzari kerja kami di USA ini biasa saja cuma di sini dibuat usaha di
dalam berbagai aspek. Usaha atas orang2 local, orang Malaysia dan
Indonesia, usaha atas karkun2 dan usaha atas masturat dalam rangka usaha
jemaah masjid. 4 program inilah yang sering berjalan di setiap tempat.
Nusrah khususi, ikram makan oleh orang tempatan begitu banyak, sehingga
di dalam gereja pun dia bawa kita khususi. Banyak yg bukan karkun ikram
makan dan kami sendiri yang beli ayam untuk pastikan halal atau tidak.
Di sini ayam halal mahal, $1.25 sepaun , ayam katuk murah, 29 sen
sepaun. Dahlah mahal, payah nak dapat pulak tu. Kami sangat jaga2 atas
perkara ni. Banyak orang Amerika ini fatwanya gila2 sikit. Kalau ayam
di Emporium tu, kita beli dan sembelih balik, sah dimakan (sembelih
bangkai bahaya sungguh!!). Sekarang ni jemaah kami telah usahakan untuk
hidupkan jemaah masjid di mana2 tempat yg kami pergi. Dan jemaah cash 1
hari, 2 hari, 2 1/2 hari dan 3 hari sangat mudah dikeluarkan di sini.
Setakat ini lebih kurang 20 jemaah dikeluarkan dan satu jemaah 4 bulan
dan 40 hari. Dan di dalam perjalanan ini yang sekarang berada di
Norman, Oklahoma, lebih kurang 20 orang black dan white lelaki dan
wanita telah masuk Islam dan upacara pengIslaman mereka dibuat di depan
umum di masjid2 yang kami keluar dan dapat mengajar mereka perkara2 asas
dan selepas itu serah pada imam, pada karkun dan orang tempatan.
Dalam jemaah kami sekarang ni ada orang white, orang black, orang Arab
serta orang Indonesia yang ikut. Apa yg dilihat di Amerika ini ialah
ketandusan jemaah luar, orang begitu suka dengan jemaah terutamanya dari
Malaysia. Tetapi setelah 2,3 tahun barun dapat jemaah luar negeri.
Sangat diperlukan untuk tasykil lagi dan lagi agar jemaah Malaysia dapat
datang ke sini. Di New York, Miami, Florida mereka berbalah sebab
mahukan jemaah Malaysia, kasihanilah umat ini. Duit yg dikorbankan
tidak terasa apabila orang kafir dapat ucap kalimah (dari zulumat kepada
cahaya).
Tuan2 doalah untuk kami semua, jemaah kami yg lemah2 ini dan tanpa dari
doa tuan2 untuk melangkah dalam kerja nabi yg besar ini tidak termampu
dan terdaya oleh kami. Tuan2lah sumber inspirasi dalam usaha kami
(khususnya syura2 Malaysia dan Fikirmen). Pemergian seorang syura yg
kami sayangi Habib rahmatullah alaih ke alam bahagia buat selama-lamanya
sangat mengharukan jemaah kami dan menambahkan lagi semangat perjuangan
kami. Semoga Allah masukkan rohnya didalam kalangan pembela2 agama
Allah (amin) dan keluarganya keseluruhan dalam hidayat. Selain itu
berkat kepanasan fikir dan ketawajuhan syura Sheikh Muhammad bersama
kami, masih terngiang2 pesanannya sewaktu bersama kami menambahkan
kesungguhan kami. Begitu terasa sekali kekurangan dari jemaah kami
ini. Ayuh tuan2, jangan buang masa sebelum tuan2 ke ambang bahagia
(syurga). Berkorban habis-habisan sampai Allah terima peluh atau darah
kita dan redha dgn kita. Sampaikan salam kami Assalamualaikum kepada
syura dan fikirmen Malaysia. Wassalam
Yang Benar,
Jemaah 4 bulan di USA
Hj. Shafie (amir)

No comments:
Post a Comment