Thursday, July 22, 2010

KEMESRAAN MUAWIYYAH R.A SERTA KERABAT DENGAN AHLUL BAYT

Di antara tuduhan yang dilontarkan oleh kaum Syiah serta golongan yang sealiran dengannya kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan Bani Umaiyyah.

Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.

Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah samada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.

Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.

Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang Sayyidina Hasan dan Husain turut serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam kerajaan pimpinannya.

Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:

1) Hubungan baik di antara Sayyidina Muawiyah dan Ahlul Bait terutama Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Ibnu Katsir menulis, “Pada zaman pemerintahannya, Sayyidina Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8 m.s. 50).

Ibnu Abil Hadid menulis, “Muawiyah memberikan habuan terutama kepada Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja’afar (ipar Sayyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya)” (Syarah Nahjul Balaghah).

Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Sayyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Sayyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.

Sayyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Sayyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Hasan, Sayyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 150-151)

Pernah pada sutu ketika Sayyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain pula Sayyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 137).
Pernah Sayyidina ‘Aqil (abang Sayyidina Ali r.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m.s. 223).

Sayyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukannya) pada hari itu juga. Pada suatu ketika pernah Sayyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu. Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.

Pernah Sayyidina Hussain dan Abdullah Bin Ja’far At Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Sayyidina Hassan, Abdullah Bin Ja’far At Thayyar, Abdullah Bin Umar dan Abdullah Bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.

Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas kematian Hassan ini”. Ibnu Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah Wa An Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)

2) Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.

Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah. Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula dilantik di Madinah.

Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: “Aku mendengar Abu Hurairah berkata”, “Setelah Marwan Al Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al Harith sebagai qadhi di Madinah. Abu Hurairah berkata, “Itulah qadhi yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah)”. Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m.s. 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m.s. 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.

3) Qustam Bin Abbas r.a dan Sayyidina Hassan r.a ikut serta di dalam jihad yang dilancarkan oleh Muwiyah di zaman pemerintahannya.

Qustam Bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah SAW. Beliau adalah saudara sesusu dengan Sayyidina Husin Bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan di zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said Bin Uthman Bin Affan. Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.

Demikian tersebut didalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m.s. 101, Nasabu quraisyin, m.s. 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m.s. 292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m.s. 72.
Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Sayyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan di zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan relahati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam jihad itu.

Ibn Katsir menulis, “Setelah Sayyidina Hassan wafat, Sayyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Constantinople di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 H”. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m.s. 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni Asakir, jilid 4, m.s. 311, Tazkirah Husain bin Ali.

4) Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.

Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya.

Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar samada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.

Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat .

Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, ms 1,Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, ms 191, Al-Mustadrak, jilid 3, ms 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).

Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum bt Abdullah bin Ja’far, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m.s. 86).

Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az- Zubairi, jilid 4, ms 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah, m.s. 94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m.s. 349).

Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 348, Al-Ma’arif, ms 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).

Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).

Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah bt Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian (Kitabu Al-Muhabbar, ms 449).

Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj (Nasabu Quraisyin, ms 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).

Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, ms 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 228.

Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah bt Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah bt Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘ Umdatu At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m.s. 70).

Hasil perkahwinan Sayyidina Husain dengan Laila bt Abi Muruah bin ‘Urwah bin Mas’ud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah bt Abu Sufian bin Harb bin Umayyah. Ini bererti Sayyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu isteri kepada Sayyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, ms 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat, jilid 1, m.s. 255).

Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara mereka seperti yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.


5) Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di dalam sembahyang mereka.

Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.

Perhatikan riwayat ini :

Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, “Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.”. Ja’far berkata, “Kerana itu ayahnya ditanya: “Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?”. Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu”. (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m.s. 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m.s .258).

Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghirnya mengemukakan riwayat tentang selalunya Sayyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m.s. 57).

Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah. Beliau berkata, “Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah’. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 158).

Kitab-kitab Syi’ah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud : Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya : “Hasan dan Husain selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, “Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?” Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan”. (Biharu Al Anwar, Al Majlisi, jilid 10, m.s .139-141).

Selain daripada sembahyang fardhu yang lima itu, pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah juga mengimamkan sembahyang jenazah daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al Isti’aab, Al Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.

Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan jenazah anak saudara Sayyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al Isobah, jilid 2, m.s. 281, Al Isti’aab, jilid 2, m.s. 287 dan Usdu Al Ghobah, jilid 3, m.s. 135)

Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Sayyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah SAW dan juga bapa saudara kepada Sayyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, ms 162, Al Isti’aab, jilid 3, ms 100).

Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka , itu adalah permusuhan di zaman jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala di zaman jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan Semesta Alam.

sumber dipetik : http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/07/muawiyyah-sangat-mesra-dengan-ahlul.html

Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain Di Karbala

Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.

Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf" mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : " Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?



Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.



PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan



I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).


Wednesday, July 21, 2010

Pendirian Aisyah Dan Para Sahabat Di Sebalik Perang Jamal

Sekalipun aliran Syi‘ah telah diharamkan di Malaysia, sebahagian daripada ajaran mereka masih tersebar luas. Di antaranya ialah berkenaan sejarah para sahabat, dimana banyak buku-buku tempatan yang memuatkan kisah tersebut berdasarkan versi Syi‘ah. Sejarah versi Syi‘ah mudah dikenali, ia bersifat pro kepada Ali bin Abi Thalib serta ahli keluarganya dan bersifat kontra kepada para sahabat yang lain. Kisah-kisah sejarah versi Syi‘ah telah mendapat tempat yang kukuh dalam pemikiran umat Islam tanah air sejak di bangku sekolah sehingga dianggap ia adalah fakta yang benar.

Hal ini menyebabkan beberapa kisah sejarah versi Syi‘ah telah turut menyelinap masuk ke dalam Majalah i edisi Jun 2005, dalam ruangan Srikandi (mukasurat 56-58) di atas judul Zainab bin Ali Saksi Peristiwa Karbala. Kisah-kisah sejarah ini perlu diteliti semula agar para pembaca sekalian tidak terkesan dengan fitnah Syi‘ah ke atas para sahabat radhiallahu 'anhum. Oleh itu saya, dengan segala kekurangan dan rendah diri, menyusun artikel ini sebagai satu penelitian ke atas beberapa kenyataan yang terkandungan dalam artikel Zainab bin Ali Saksi Peristiwa Karbala. Sebagai permulaan, penelitian ditujukan kepada peristiwa Perang Jamal sahaja.

Sebelum memulakan penelitian ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan syabas kepada pihak editorial Majalah i yang dengan segala keterbukaan telah sudi menerima dan menyiarkan artikel ini. Ia tidak lain menunjukkan kesungguhan mereka dalam menyampaikan ilmu yang terbaik kepada para pembaca sekalian. Selain itu, saya juga ingin mengajak para pembaca sekalian untuk berusaha mengenali para sahabat dan mengkaji sejarah mereka berdasarkan versi al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukan berdasarkan versi buku-buku teks sejarah dan sebagainya. Saya sendiri, alhamdulillah, telah mengusahakan buku yang khas dalam bab ini, berjudul Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Berkenaan Keutamaan Dan Sejarah Para Sahabat terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

Aisyah memberontak kepada Ali?

Dalam artikel Zainab bin Ali Saksi Peristiwa Karbala, dinyatakan bahawa: “……Dia (Zainab) telah menyaksikan peristiwa pemberontakan Jamal yang diketuai oleh Siti Aisyah binti Abu Bakar menentang ayahnya (Ali bin Abi Thalib), yang mengorbankan sehingga sepuluh ribu orang Islam, termasuk para sahabat……” Kenyataan di atas adalah versi Syi‘ah yang masyhur tentang Perang Jamal. Kenyataan ini memerlukan penelitian semula: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah? Perang Jamal bermula apabila Aisyah, Thalhah dan al-Zubair radhiallahu 'anhum serta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah selepas pengangkatan Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh menjadi khalifah umat Islam. Semua ini berlaku selepas pembunuhan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu 'anh. Melihatkan pemergian Aisyah dan pasukannya, Amirul Mukminin Ali turut pergi ke Basrah bersama pasukannya. Apabila menghampiri Basrah, kedua-dua pasukan ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang dinamakan Perang Jamal. Ia dinamakan sedemikian kerana Aisyah berada di atas unta (Jamal) ketika peperangan tersebut.

Dalam peristiwa ini, timbul dua persoalan. Yang pertama, kenapakah Aisyah dan pasukannya bergerak ke Basrah? Al-Qadhi Ibn al-Arabi rahimahullah (543H) menerangkan bahawa orang ramai mengemukakan beberapa pendapat. Ada yang berkata mereka keluar kerana ingin melucutkan Ali daripada jawatan khalifah. Ada yang berkata mereka benci kepada Ali. Ada yang berkata mereka ingin mencari para pembunuh Usman. Ada yang berkata mereka keluar untuk menyatu-padukan semula umat Islam. Di antara semua pendapat ini, yang benar adalah yang terakhir. Al-Qadhi Ibn al-Arabi menegaskan: “Mungkin mereka keluar demi keseluruhan umat Islam, mengumpulkan dan menyatu-padukan mereka kepada undang-undang yang satu (Islam) agar tidak berlaku kebingungan yang akan mengakibatkan peperangan. Dan inilah pendapat yang benar, tidak yang lainnya.” [al-‘Awashim min al-Qawashim fi Tahqiq Mawaqif al-Shahabah ba’da Wafati al-Nabi (diteliti oleh Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Jil, Beirut, 1994), ms. 155]

Sebelum itu hal yang sama ditegaskan oleh al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H): “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.

Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai‘ah daripadanya ……yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Usman radhiallahu 'anh.” [al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83]

Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita bahawa dalam pemergiannya ke Basrah, Aisyah radhiallahu 'anha tidak memiliki tujuan berperang atau memberontak terhadap Ali radhiallahu 'anh. Ini membawa kita ke persoalan kedua, jika demikian kenapakah kedua-dua pasukan ini bertembung dan berperang?

Kenapakah berlakunya Perang Jamal?


Al-Imam Ibn Hazm melanjutkan, pasukan Ali turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan umat Islam dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Usman. [al-Fishal, jld. 3, ms. 83] Akan tetapi pada waktu yang sama wujud juga orang-orang yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman. Mereka menyamar diri dengan berselindung di kalangan umat Islam. Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, mereka menyalakan api fitnah kononnya pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada kekhalifahan Ali. Namun apabila para pembunuh Usman mendapat tahu bahawa pasukan Aisyah dan Ali telah bersatu, mereka menjadi bimbang lagi cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam berpecah, selagi itulah para pembunuh Usman terselamat daripada apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, pasti kesatuan tersebut akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Usman.

Maka para pembunuh Usman merancang untuk melagakan kedua-dua pasukan tersebut. Pada awal pagi ketika hari masih gelap, mereka menyerang pasukan Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, pasukan Aisyah menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri (self defense), mereka menyerang balas ke atas pasukan Ali. Pasukan Ali pula menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas, juga sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri. Tanpa disangka-sangka, bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak memiliki apa-apa tujuan berperang.

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal: “Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!” Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!” Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad ‘Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan: “Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]

Demikianlah penjelasan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah berkenaan Perang Jamal. Kembali kepada persoalan asal pada permulaan artikel ini: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah? Penjelasan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjadi jawapan kepada persoalan asas ini, sekali gus sebagai penutup kepada artikel ini:
“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah : http://hafizfirdaus.com/

PERANG JAMAL : KEBENARAN YANG TERLINDUNG

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya.

Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”

Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat.

Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja. Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan.Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad.

Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing.Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

[1] Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8
[2] Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700
[3] Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632
[4] Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632
[5] Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150

PENGARUH YAHUDI DI AMERIKA SYARIKAT



Sejak dahulu lagi, dunia menyaksikan konspirasi Amerika Syarikat dan Rejim Israel kepadaperkembangan ideologi Zionisme dalam memperkuat kekuasaan Israel di kawasan Timur Tengah. Pembunuhan warga Palestin, serangan kian merebak ke Lebanon, perluasaan gudang senjata nuklear Israel, dan masalah-masalah lainnya adalah hasil persekongkolan Washington-Tel Aviv yang membahayakan situasi di kawasan tersebut. Zionisme yang merupakan sebuah gerakan politik itu, mengumumkan kewujudannya pada tahun 1897. Bersamaan dengan dimulainya perang dunia pertama, ada hubungkaitnya dengan kepentingan kekuatan-kekuatan besar dunia dengan gerakan Zionisme menjadi pemicu penandatangan deklarasi Balfour yang berakhir dengan terbentuknya rejim Zionis di tanah Palestin. Pada 2 November 1917, Menteri Luar Negeri Inggeris yang ketika itu disandang oleh Arthur James Balfour, mengeluarkan pernyataan yang berisi keterangan mengenai pembentukan “tanah air bangsa Yahudi” di Palestin. Kebanyakan para pemimpin Zionis saat itu adalah orang-orang liberal yang tidak mempercayai agama Yahudi. Mereka pada awalnya tidak memandang Palestin sebagai negeri yang akan menjadi milik orang-orang Yahudi.



Untuk pertama kalinya masalah pembentukan negara Zionis diketengahkan oleh negara-negara kolonialis Eropah. Pembentukan negara Zionis di tanah Palestin itu dimaksudkan untuk menjaga kepentingan negara-negara Eropah di kawasan strategik Timur Tengah. Palestin yang terletak di pusat pemerintahan Uthmaniah serta dekat dengan Mediteranian dan terusan Suez, merupakan kawasan penting untuk Eropah. Dalam hal ini seorang pengkritik besar Yahudi anti Zionis, Moshe Manuhin mengatakan, “Hingga abad 19 tidak ada yang namanya Zionisme. Kesombongan Eropah-lah yang menciptakan politik nasionalisme orang-orang Yahudi dan menyemarakkan lagi hasrat mereka untuk serius dalam menghidupkan idealogi Zionisme. Ada beberapa faktor yang mendorong Zionisme menyatakan kewujudannya di dunia. Faktor tersebut adalah runtuhnya pemerintahan Uthmaniah di Turki, meletusnya perang dunia pertama, serta pro dan kontra kepentingan Eropah. Di awal abad 20 pemerintah Inggeris sudah menyiapkan pembentukan negara Zionis di tanah air bangsa Palestin. Jelas bahawa Inggeris tidak dapat menerima kehadiran kekuatan lain di kawasan Timur Tegah yang berada di bawah kekuasaannya. Inggeris berpikir untuk tetap menjaga kepentingannya di kawasan tersebut. Dengan alasan inilah, Inggeris mengizinkan orang-orang Yahudi untuk berimigrasi dan tinggal di Palestin, yang untuk selanjutnya dimanfaatkan membentuk negara Yahudi di sana. Dengan demikian, Inggeris berharap dapat memperkuat kekuasaannya di dunia Arab.

Setelah tiga dekad berlalu dari pendudukan Inggeris atas Palestin, seluruh infrastuktur Palestin dihancurkan oleh gerakan Zionis dan diubah menjadi pusat-pusat perekonomian, budaya, dan politik Zionis. Setelah 30 tahun berlalu, masa keemasan hubungan Zionis dan pemerintah Inggeris berakhir bersamaan dengan mulanya perang dunia kedua serta kebangkitan rakyat Palestin melawan Zionisme dan Inggeris. London yang merasa kepentingannya terancam mengambil langkah drastik dengan gerakan Zionis dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan dunia Arab. Hasilnya adalah, gerakan Zionisme harus berhadapan dengan Inggeris.

Yang menarik adalah, orang-orang Eropah pendukung Zionisme sendiri menyedari bahawa dalam sejarah tidak ada bukti-bukti hak kepemilikan kaum Yahudi atas negeri Palestin. Pada tahun 1920, para bangsawan Inggeris yang bergelar Lord Sydenham terlibat dalam pembahasan sengit mengenai penguasaan Inggeris atas Palestin dan deklarasi Balfour. Lord Sydenham mengatakan, “Palestin bukan negeri orang-orang Yahudi. Akan tetapi orang-orang Yahudi merampasnya setelah sebelumnya melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Jika orang-orang Yahudi dapat memiliki Palestin, orang-orang Romawi juga boleh mendakwa kepemilikan mereka atas Inggeris”.

Namun dengan meletusnya perang dunia kedua, AS muncul sebagai kekuatan baru di kancah politik dunia internasional dan di kawasan strategik. Dari satu sisi, kekuatan militer dan kewangan AS, dan dari sisi lain, pengaruh orang-orang Zionis dalam pemerintahan AS merupakan dua faktor yang mendorong gerakan Zionisme bernaung di bawah payung AS dan melawan Inggeris. Hal ini ditambah lagi dengan ketamakan imperialis AS yang akhirnya menjadikan gerakan Zionisme sebagai sekutunya di kawasan Timur Tengah. Khususnya pada tahun 1930 saat Washington memerlukan sumber-sumber minyak di Arab Saudi dan Teluk Parsi. Saat itulah AS menandatangani berbagai kontrak penting dengan para pemimpin negara-negara Arab untuk mengeksploitasi minyak di kawasan tersebut. Di waktu yang lain, AS juga memandang kawasan Timur Tengah khususnya negara-negara Arab sebagai ”pasar" yang sangat menguntungkan untuk mengedar barang-barang keluaran AS. Beranjak dari sini, ketika diadakan konferensi Zionis di hotel Bilt More, New York, pada tahun 1942, pemerintah Washington menyatakan dukungannya kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin.


Kekuatan Inggeris pada saat itu sudah sangat lemah akibat perang dunia kedua. Inggeris tidak lagi mampu menyatukan sekutu-sekutunya untuk menghadapi tekanan Amerika Syarikat. Untuk itu, pada tahun 1948, pemerintah Inggeris secara rasmi mengakhiri masa pendudukannya selama 30 tahun atas negeri Palestin. Selanjutnya, masalah Palestin dilimpahkan kepada Perikatan Bangsa-bangsa Bersatu yang ketika itu masih seumur jagung. Sayangnya, PBB yang banyak dipengaruhi oleh kekuatan-kekuatan imperialis dunia sepertil AS mengeluarkan keputusan yang bercanggah dengan tuntutan dan kemahuan rakyat Palestin dan bangsa Arab, dengan membahagikan negeri Palestin menjadi dua bahagian, Palestin dan Yahudi pada tanggal 29 November 1947. Keputusan yang disahkan oleh Majlis Umum PBB itu menjadi titik tolak kepada orang-orang Zionis untuk mengumumkan pembentukan rejim dengan nama Israel pada tanggal 14 Mei tahun 1948. Pembentukan rejim yang tidak sah itu mendapat dukungan AS, diumumkan hanya selang beberapa jam setelah Inggeris secara rasmi keluar dari Palestin. Sejak itulah, kaum Zionis menguasai sebahagian besar wilayah negeri Palestin.

Kekuasaan zionisme di berbagai struktur pemerintahan AS, termasuk di pusat pentadbiran rumah putih (White House), adalah masalah yang berkali-kali diperdebatkan di lembaga-lembaga politik dunia. Kekuasaan atas media massa, struktur politik, militer dan sosial di AS, dan pada akhirnya kekuasaan zionisme di dalam sistem perekonomian AS, adalah sesuatu yang selalu muncul di dunia sebagai faktor saling pengaruh-mempengaruhi antara AS dan rezim zionis. David Luchins, wakil ketua Asosiasi Kerjasama Yahudi Ortodoks AS, dalam hal ini berkata, “Kami bukan sebagai kelompok minoriti, tetapi adalah sebahagian dari majoriti dimana segala sesuatu yang kami inginkan, pasti akan kami miliki dan kuasai.”

Oleh sebab itulah, dengan mempelajari sejarah 55 tahun pendudukan Palestin dan deklarasi keberadaan ilegal rejim zionis, kita lihat bahawa semua Presiden AS tanpa terkecuali, pasti melakukan pertemuan dan dialog dengan para pemimpin Yahudi dan pemimpin Israel. Dokumen-dokumen yang sah juga menunjukkan bahawa untuk setiap tahun, 1/5 dari seluruh bantuan luar negeri AS diberikan kepada rejim Zionis. Selain itu, berbagai kedutaan dan konsulat luar negeri AS selalu memiliki diplomat-diplomat yang bertugas mempelajari berbagai jalan perluasan hubungan dengan warga Yahudi Amerika, dalam rangka menjaga kepentingan negara mereka. Akan tetapi siapakah tokoh-tokoh Yahudi dan bagaimana sejarah kehadiran mereka di dalam berbagai struktur pemerintahan AS? Jawapannya ialah sebagaimana tercatat dalam sejarah sebagai berikut:

Di awal abad ke-20 di tahun 1916, Loise de Brandis, diutus oleh kader kepemimpinan zionisme di Eropah untuk menarik dukungan warga Yahudi Amerika. Ideanya untuk memperkenalkan zionisme bukan sebagai sebuah gerakan nasionalis, akan tetapi sebagai gerakan pencari jalan keluar untuk menyelamatkan bangsa Yahudi, membuat para pendukung zionisme di AS melonjak dari 12 ribu orang menjadi 150 ribu orang. Brandis sendiri berkata : “Dukungan kepada zionisme bukan bererti hijrahnya seorang Yahudi atau perolehan kewarganegaraan asing. Tetapi, untuk menciptakan Amerika yang lebih baik, kita harus menjadi Yahudi yang baik, dan untuk menjadi Yahudi yang baik, kita harus menjadi seorang zionis.” Efektifnya slogan seperti itu dalam menarik keanggotaan dari masyarakat Yahudi Amerika, telah membuka peluang yang amat luas bagi terbentuknya lembaga masyarakat Yahudi Amerika. Dengan demikian, setelah berabad-abad, melalui warga Yahudi imigran dan dengan bantuan zionis Eropah, terbentuklah masyarakat Yahudi AS; dan Amerika pun dipilih sebagai tempat yang dianggap paling sesuai untuk pusat aktiviti mereka. Warga Yahudi yang telah merdeka di Barat tidak lagi memandang diri mereka sebagai warga terendah, tetapi sebagai sebahagian komuniti penting dari bangsa Eropah. Bahkan pada saat itu mereka telah disebut sebagai Yahudi Inggeris, Perancis dan negara-negara Eropah lainnya.

Perbezaan kelas dan perselisihan ras di dalam masyarakat Yahudi dan kalangan elit kaya Yahudi untuk keluar dari dipengaruhl para pemimpin agama, membuat mereka berusaha merebut kekuasaan untuk menguasai masyarakat Yahudi dari para pemuka agama, dengan tujuan menegakkan dan menguatkan Judaisme terpusat. Kepemimpinan ini juga harus berputar
di sekitar propaganda gerakan zionisme.

Sebagai sebuah gerakan murni politik dan dengan memanfaatkan atau lebih tepatnya menyalahgunakan agama Yahudi, zionisme mampu bekerja sebagai sumber kekuatan Yahudi. Tidak diragukan, bahawa zionisme diciptakan oleh para kapitalis Yahudi dengan tujuan menegakkan kembali kekuasaan dan kekuatan yang hilang, juga untuk mencegah meleburnya warga Yahudi di negara-negara Eropah serta menarik kekayaan Yahudi di Barat ke sebuah
pusat tertentu. Oleh kerana itulah lembaga-lembaga kewangan dan politik Yahudi serta organisasi-organisasi internasional zionisme didirikan oleh para kapitalis Yahudi Eropah dan dengan berada di AS kemudian Palestin, mereka menjalin ikatan diantara keduanya. Di abad ke-21 ini, salah satu pemimpin organisasi Yahudi Amerika, berkata, “Hari ini, kita masyarakat Yahudi Amerika, telah berhasil, baik di tingkat internal dan nasional, mahupun di tingkat internasional, merealisasikan sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh nenek moyang kita. Melanjutkan perjuangan mereka, kini putra-putra mereka telah berhasil memperoleh kekuatan yang sedemikian besar di Amerika. Ini semua adalah berkat kerjasama lembaga-lembaga Yahudi zionis di AS.”

Kini, setelah lewat beberapa dekad, kita menyaksikan bahwa kaum zionis berhasil memperoleh berbagai jabatan di dalam struktur politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan AS; dan dengan penguasaan mereka mengendalikan kekuatan dan kepentingan strategik AS. Sementara itu, dukungan-dukungan penuh lembaga-lembaga eksekutif dan selain eksekutif AS kepada Israel, pengaruh rezim zionis di dalam struktur diplomasi Washington, terutama dalam pengambilan kesempatan kekuatan AS di Timur Tengah, sangat membuktikan bahawa adanya pengaruh lobi zionis di AS.Saat ini warga Yahudi Amerika memegang peranan penting dan kunci di dalam struktur politik, ekonomi, dan sosial negara dinegara tersebut. Selain itu lembaga-lembaga Yahudi Amerika juga meletakkan rejim zionis di bawah payung perlindungan dan dukungan mereka, bahkan mereka membantu anggaran belanja negara rejim zionis setiap tahun. Tambahan lagi, pelobi-pelobi zionis juga merupakan alat penekan yang sangat aktif terhadap pemerintah AS, yang selalu bergerak untuk mendukung politik rejim zionis di Timur Tengah.


Lobi atau lembaga politik, dalam kamus politik digunakan untuk menyebut sebuah kelompok yang memiliki tujuan-tujuan dan kemaslahatan bersama dengan sebuah negara tertentu, dan dengan menyusup ke dalam sistim politik negara ketiga, termasuk ke dalam parlimen, mereka mengarahkan kebijakan politik negara ketiga ini ke arah yang menguntungkan mereka, bahkan jika perlu mereka akan melakukan perubahan-perubahan pemerintahan di negara tersebut. Di dalam masyarakat Yahudi AS, berlaku peribahasa yang sangat dikenali, yang selain mengandung propaganda di dalamnya, juga menunjukkan cara berfikir warga Yahudi dan pandangan mereka terhadap lembaga-lembaga tersebut. Peribahasa tersebut ialah, “Menjadi seorang Yahudi bererti menjadi anggota salah satu lembaga Yahudi”. Martin Best, dan Irk Robb, dalam buku “Yahudi Amerika dan Pandangan Baru Kepada Struktur Sosial Amerika” memaparkan data-data pengaruh Yahudi di dalam berbagai struktur AS, menulis sebagai berikut: “26% wartawan, penganalisis, pekerja di pejabat lembaga-lembaga politik sosial, termasuk di dalam pemerintahan AS dipegang oleh Yahudi. 59 % dari para penulis dan para ahli hukum terbaik di New York adalah orang Yahudi.13 % dari mereka, di bawah usia 40 tahun, memegang jabatan-jabatan penting di AS. 40 % dari mereka juga hadir di dalam kongres AS. 7 dari 11 orang anggota Dewan Keamanan Nasional AS adalah Yahudi. Dengan demikian, selain jabatan presiden, orang Yahudi memegang semua jabatan dan pos-pos sensitif pemerintahan AS.” Yang menarik ialah sekitar 38 % pegawai pemerintahan AS juga dipegang oleh orang Yahudi, dimana sejumlah besar dari mereka, berada di jabatan luar negeri, pertahanan, kewangan dan kehakiman AS, dengan jabatan-jabatan penting, dan mereka pulalah yang memegang rahsia-rahsia pemerintahan dan militer AS. Saat ini hampir 3 juta Yahudi hidup di New York, dan selainnya menyebar di negara-negara bahagian yang dianggap penting dan memegang peranan utama di AS. California, Chichago,, Boston, Newjersey, Florida, dan Ohio, adalah negai-negeri di dalam AS di mana jabatan-jabatan utamanya di bidang politik dan ekonomi, berada di tangan warga Yahudi Amerika. Pengaruh lobi Yahudi di rumah putih termasuk diantara masalah yang tak pernah dapat disembunyikan. Herry Truman, Presiden AS di tahun 50-an, menulis di dalam catatan hariannya tentang pengaruh Yahudi di gedung putih sebagai berikut: “Selama tinggal di gedung putih, saya tak pernah melihat tekanan dan propaganda yang sedemikian kuat.” Sementara itu, meskipun masyarakat Yahudi AS menghadapi perselisihan internal, namun satu hal yang selalu menjadi kesepakatan mereka ialah dukungan terhadap rejim Israel. Ideologi dukungan terhadap Israel merupakan idea yang menguasai semua lembaga dan organisasi Yahudi di AS. Seluruh yayasan sosial, baik pusat maupun lokal, menjadikan bantuan kepada Israel seagai program utama dan pertama mereka. Akar idea seperti ini kembali kepada tahun 1897, yaitu saat deklarasi keberadaan zionisme. Para pemimpin zionisme, sejak saat itu, berniat mendirikan sebuah pusat dengan tujuan mencapai kekuatan yang terbilang di dunia.












Monday, July 19, 2010

Menyingkap Komplot Israel Dengan Iran Dan Amerika Dengan Iran

Oleh : Dr. Ahmad Al-Afghani

Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.

Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`ah Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: "Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali." Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.

Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:

Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.

Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.

Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".

Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.

Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.

Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.

Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: "Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.

Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.


Amerika dan Iran


Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.

Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:

Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.

Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.

Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.

Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.

Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.

Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.

Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.

Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.

Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.


sumber: http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=681&Itemid=69

Sunday, July 18, 2010

Mengapa Fahaman Syiah berkembang subur di Malaysia?

Mengapa Syiah Terus Berkembang Biak dan Semakin Subur Di Malaysia:

Umum mengetahi pengaruh Syiah semakin menular dalam masyarakat Malaysia. Banyak hauzah (markas pengajian) mereka diujudkan, salah satu yang terkenal ialah di Gombak. Paparan di dalam You Tube membuktikan banyak Siah Melayu di Malaysia. Kita biasa dengar tindakan keraajaan dalam menghalang ajaran sesat , tetapi kita tidak pula dengar tindakan keraajaan keatas Syiah. Sedangkan JAKIM menghukum Syiah sebagai SESAT, rujuk di http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Berikut adalah pandangan Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah Mengapa Syiah Terus Berkembang Biak dan Semakin Subur Di Malaysia yang di sampaikan pada kursus Ta’lim Sunnah (Siri 2) yang dianjurkan oleh Intis Consultant & Training, bertempat di Surah al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur, pada 20 September 2008.

Imam Ali Pada Gambaran Syiah

Beliau memberi 5 faktor :

1. Kejahilan umat Islam terhadap aliran Syi‘ah.

Mereka menganggap Syi‘ah adalah salah satu dari mazhab Islam seumpama Mazhab al-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hambali. Maka perlu diterangkan bahawa Syi‘ah ialah satu aliran yang menyangkut dasar-dasar agama manakala mazhab yang empat hanyalah berkaitan hukum fiqh, di mana dasar-dasar agama bagi keempat-empat mazhab tersebut adalah tetap sama.

2. Sikap manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru.

Apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru, manusia terbahagi kepada tiga sikap.

Pertama ialah mereka yang terus menolaknya, menutup pintu hati serta fikiran mereka darinya.

Kedua ialah mereka yang terus menerimanya, membuka seluas-luas hati serta fikiran mereka kepadanya.

Ketiga ialah mereka yang menganalisa perkara yang baru itu sama ada ia bertepatan dan al-Qur’an, al-Sunnah dan ilmu yang sahih. Jika bertepatan ia diterima, jika bertentangan ia ditolak.

Sikap pertama dan kedua adalah tercela manakala sikap yang ketiga adalah terpuji. Kebanyakan yang terikut dengan aliran Syi‘ah terdiri dari mereka yang memiliki sikap kedua.

3. Kelekaan pihak berwajib.

Fokus pihak berwajib kelihatan hanya tertumpu kepada membasmi aliran yang mereka sebut-sebut sebagai “Wahhabi”. Ada pun aliran lain yang jelas menyeleweng seperti Syi‘ah, Anti-Hadis, Islam Liberal dan sebagainya, ia dibiarkan sahaja atau hanya diberi fokus yang minimum. Di sini pihak berwajib perlu menyusun semula keutamaan fokus mereka (Fiqh al-Awlawiyat) agar bertindak ke atas aliran yang jelas menyeleweng bak matahari, bukan aliran yang hanya wujud secara bayang-bayangan… entah wujud atau tidak.

4. Kecuaian ahli ilmu.

Hakikat pertama, Syi‘ah menyampaikan dakyah mereka dengan dalil dan hujah. Hakikat kedua, kebanyakan ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah enggan berusaha menjawab dalil dan hujah tersebut. Paling-paling yang dijawab hanyalah dengan slogan murah: “Syi‘ah sesat, abaikan mereka.” Padahal dalam suasana tahap keilmuan umat Islam yang semakin meningkat sekarang ini, yang diambil kira bukanlah slogan murahan tetapi dalil dan hujah. Justeru ahli ilmu perlu beralih dari kemalasan kepada kecergasan, dari sijil kelulusan kepada aksi ilmiah, dari semakan kertas tesis kepada semakan aqidah umat, agar dalil dan hujah dipatahkan dengan dalil dan hujah juga.

5. Pencarian wira dan pasukannya.

Umat Islam sekarang ini dalam dilema mencari seorang wira dan pasukan pejuang yang berani bangkit menentang kezaliman zionis dan polis dunia. Dalam pencarian tersebut, yang ditemui ialah wira yang beraliran Syi‘ah dan pasukan pejuang yang beraliran Syi‘ah. Secara bawah sedar, ia memberi kesan bahawa aliran yang benar ialah Syi‘ah. Kecelaruan ini dijawab, bahawa kebenaran agama tidak ditentukan oleh agama sang wira dan pasukan pejuangnya. Seandainya itulah ukuran kebenaran, nescaya agama pasukan pejuang Vietnam yang menghancurkan pasukan tentera Amerika Syarikat pada tahun 70an yang lalu adalah jauh lebih benar dari agama Syi‘ah. Ketahuilah, kebenaran terletak pada agama Islam manakala kelemahan terletak pada orang Muslim kerana tidak menghayati Islam dengan cara yang benar, iaitu cara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Syaikhul Azhar Sayyid Dr. Muhammad Thantawi; Penghina Sahabat Nabi saw keluar dari Islam.

Para ulama sepakat, siapa saja yang dengan sengaja menghina dan menjelekkan sahabat Rasulullah maka dia telah dianggap keluar dari Islam.












Seluruh ulama yang hadir dalam kajian Islam ke-14 di Al-Azhar, Kairo, menyepakati pernyataan Syaikhul Azhar Sayyid Dr. Muhammad Thanthawi bahwa siapa saja yang menghina dan menjelekkan sahabat Rasulullah, berarti keluar dari Islam. Pernyataan ini dikemukakan Syeikh Thanthawi pada saat kajian yang mengambil topik “Para Sahabat Rasulullah.”

“Barangsiapa dengan sengaja menghina dan menjelekkan sahabat Rasulullah, maka dia telah dianggap keluar dari Islam. Islam melarang penghinaan semacam itu,” katanya seperti dikutip di Harian Asyarqul Awsath (Arab Saudi) edisi Selasa, (2/3) lalu.

“Para sahabat Rasulullah itu adalah tokoh yang dipuji oleh Allah dan Rasulullah, yang tak layak dicaci dan dihina siapa pun,” lanjutnya.

Dalam makalahnya, Dr. Abdus Salam Al-Ibadi, Menteri Wakaf Yordania sangat pihatin dengan ketegangan yang terjadi antara Syiah dan Suni, khususnya di wilayah negara-negara Teluk. Ia menginginkan adanya pendekatan baru terhadap dua kelompok ini untuk menciptakan perdamaian Islam yang hakiki.

Hal senada dikemukakan Sayid Ali Al-Hasyimi, Ketua Mahkamah Agung Uni Emirat Arab.

Menurutnya, dua kelompok Syiah dan Sunni ini sudah lama hidup berdampingan di Emirat. Selama ini antara Sunnah dan Syiah terjadi perbedaan dalam soal siapa yang lebih utama (mufadhalah) dalam sahabat.

“Masalah ini adalah masalah dzanniyah, bukan qath’i menurut faham ahlussunnah wal jamaah,” katanya, seraya menyitir pendapat yang mengukuhkan pendapat itu, antara lain Imam Baqillani, Imam Haramain, Al-Ghazali, Al-Mawardi, Al-Maziri, Syarif Al-Jurjani, Al-Qurthubi, At-Taftazani, Syahrawardi, Ibnu Hajar Al-Haytsami, dan lain sebagainya.

Syeikh Yahya Ar-Rafi’i, Qadli Besar Libanon yang mewakili Mufti Libanon Syaikh Muhammad Rasyid Al-Qabbani, menyatakan bahwa dialog antara Sunnah dan Syiah hanya mercu suar saja yang tak memiliki dampak apa pun. [Sumber: hidayatullah.com]

PENDIRIAN MUAWIYAH R.A DISEBALIK PERANG SIFFIN

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Dalam artikel Zainab bin Ali, Saksi Peristiwa Karbala ( Majalah i , Jun 2005 ) disebut bahawa:

“Zainab juga telah menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang terpaksa ditempuh oleh ayahnya dalam menentang kaum pemberontak yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan seperti pertempuran di Siffin…”

Di atas adalah juga sejarah versi syi’ah yang amat masyhur. Perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh? Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibu bapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10]. Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah Al-Ahadits Al-Shahihah (Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qu’ran dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain . Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no:3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh , Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai’ah oleh sebahagian umat islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai’ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah menghendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas pembunuh Usman. Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai’ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai’ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah-belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai’ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutan beliau agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak kea rah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-duanya adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai’ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“…lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

…Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada Al-‘Awashim min Al-Qawashiam, ms. 166 & 168]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh: “Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.” Di dalam Perang Siffin, ‘Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan ‘Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagi pemberontak. Sebabnya:

  1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf Al-Azhar Al-Mutanatsirah fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh Al-Imam As-Suyuthi (911H) (Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]
  2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.
  3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti ‘Ammar dan orang yang lebih utama daripada ‘Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

…..Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang (seratus peratus) benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah ‘Ali, sebaliknya membai’ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Muawiyah Jadi Mangsa Riwayat Sejarah


ANTARA yang diriwayatkan oleh Hisyam bin Muhammad ialah mengenai Muawiyah yang kecewa terhadap Qais bin Sad al-Ansari al-Khazraji sebenarnya, adalah seorang daripada sahabat Nabi. Bapanya juga seorang sahabat. Beberapa riwayat mengenainya ada di dalam Sahih al-Bukhari. Martabat Qais di sisi Nabi seperti kedudukan seorang pengawal di sisi seorang pemimpin. Qais adalah pemegang bendera Rasulullah dalam beberapa medan peperangan. Dia juga adalah gabenor Saidina Ali di Mesir. Beliau dianggap seorang bijak pandai Arab. (Rujuk: Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah jilid 5, ms 254, cetakan: Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, al-Humsa, Tahdhib Siyar Alam al-Nubala jilid 1, ms 88, cetakan: Lubnan, Muassasah al-Risalah).

Menurut Hisyam, kononnya Qais enggan mengikutinya lalu Muawiyah mencipta dusta melalui surat palsu yang menggunakan nama Qais untuk membohongi rakyat Syam. Kata Hisham bin Muhammad: “Muawiyah mereka dusta sepucuk surat daripada Qais bin Sad dan membacanya kepada rakyat Syam”. Surat itu berbunyi: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kepada pemimpin iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan, daripada Qais bin Sad, kesejahteraan ke atas kamu. Untuk kamu semua, aku memuji Allah yang tidak ada yang disembah melainkan Dia. Apabila aku fikirkan maka aku dapati tidak patut bagiku untuk menyokong satu golongan yang membunuh imam (pemimpin) mereka yang Muslim, yang diharamkan darahnya, yang baik lagi bertakwa. Justeru, kita pohon keampunan kepada Allah di atas dosa kita. Kita juga pohon kepada Allah agar menyelamatkan agama kita. Ketahuilah, sesungguhnya aku menghulurkan kepada kamu semua perdamaian. Aku juga menyambut seruanmu untuk memerangi pembunuh Uthman, pemimpin hidayah yang dizalimi. Hantarkan bantuan kepadaku. Di atas sahutanku ini, harta benda dan tentera nescaya aku bersegera kepadamu. Sekian. (Rujukan: Al-Tabari, Op. cit, jilid 4, ms 553)

Hisham juga menyebut satu lagi riwayat yang menggambarkan betapa buruknya Muawiyah menerusi lidah Qais di dalam suratnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Daripada Qais bin Sad, kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Sesungguhnya tipu daya engkau terhadapku, tamak engkau untuk mendapatkanku dan usaha engkau menjatuhkan pendirianku adalah menghairankan. Apakah engkau cuba menawarkan kepadaku untuk keluar daripada ketaatan terhadap orang yang paling layak dalam pemerintahan, yang paling benar perkataannya, yang paling berada di atas jalan petunjuk, yang paling hampir hubungannya dengan Rasulullah saw? Lantas engkau menyuruh aku untuk berada di dalam ketaatan kepadamu iaitu ketaatan kepada manusia yang paling tidak layak di dalam urusan ini (pemerintahan), yang paling dusta perkataannya, yang paling sesat jalannya, yang paling jauh hubungannya dengan Allah dan Rasul-Nya, anak orang yang sesat lagi menyesatkan dan taghut di kalangan taghut iblis...? (rujukan: Ibid, jilid 4, ms 551).

Sebenarnya, ini adalah sedikit daripada riwayat yang begitu banyak menggambarkan betapa hodoh dan buruknya Muawiyah di sisi sebahagian besar riwayat sejarah. Inilah yang menyebabkan Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa ada suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah saw dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) yang diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan ra. Sesungguhnya, kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabat Nabi. Gambaran Muawiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain, semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap Muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku sejarah menyebut demikian. (Rujukan: Munir al-Ghadban, Muawiyah bin Abi Sufyan, ms 5 cetakan: Syria, Dar al-Qalam).

Penyataan Munir al-Ghadban begitu jelas menggambarkan betapa bertentangan antara sebahagian riwayat sejarah dengan watak yang sepatutnya digambarkan bagi seorang sahabat Nabi yang al-Quran dan al-Sunnah telah memuji mereka semua. Bahkan bagi diri Muawiyah sendiri ada riwayat yang menggambarkan kemuliaannya. Antaranya, doa Rasulullah saw untuk Muawiyah:

Di dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan daripada baginda Nabi saw sebuah hadis yang bermaksud: Kata Umair: “Telah menceritakan kepada kami Umm Haram, bahawa dia telah mendengar Nabi saw bersabda: “Tentera yang pertama di kalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu syurga”. Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah! Adakah aku di kalangan mereka?”. Jawab baginda: “Ya!”. Kemudian baginda bersabda lagi: “Tentera yang pertama di kalangan umatku yang memerangi bandar Qaisar (Caesarea) diampunkan dosa mereka”. Aku (Umma Haram) berkata: “Adakah aku di kalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Tidak”. (Riwayat al-Bukhari, hadis ke-2924.)

Umm Haram binti Milhan adalah ibu saudara kepada Anas bin Malik. Beliau adalah isteri kepada Ubadah bin al-Samit. Hadis daripadanya ada di dalam semua kitab hadis kecuali Sunan al-Tirmidhi. Dia tersenarai di kalangan wanita ternama. Antara yang mengambil hadis daripadanya ialah Anas bin Malik. (Al-Humsa, Op.cit,jilid 1, ms 64)

Allah Yang Maha Mengetahui telah mentakdirkan bahawa peperangan umat Nabi saw yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus, dan Umm Haram telah menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan itu ialah Muawiyah bin Abi Sufyan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Turut serta dalam peperangan itu ialah Abu Dhar, Abu Darda dan beberapa sahabat yang lain. Peperangan ini terjadi pada tahun 27 Hijrah. Muawiyah yang menjadi amir ketika itu, turun sendiri ke medan peperangan bersama isterinya. (rujukan: Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 8, ms 223). Dalam menjelaskan hadis di atas al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga menyebut di dalam kitabnya yang lain, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari: “Di dalam hadis ini diberikan sifat kepujian kepada Muawiyah kerana dia adalah orang yang pertama berperang di laut dan sifat kepujian kepada anaknya Yazid kerana dia adalah orang yang pertama memerangi bandar Qaisar”. (Ibn Hajar al-Aqalani, Fath al-Bari, jilid 6, ms 201, cetakan: Lubnan, Dar al-Fikr).

Berpandukan hadis ini jelas kepada kita bahawa fadilat atau kelebihan Muawiyah termaktub di dalam Sahih al-Bukhari bahkan kelebihan anaknya Yazid yang menjadi bahan atau mangsa cercaan riwayat sejarah juga disebut di dalam hadis yang sahih ini. Berdasarkan hadis di atas Nabi saw menjamin untuk Muawiyah syurga. Manakala riwayat sejarah yang dipetik tadi pula menyifatkannya sebagai daripada kalangan pengikut iblis. Manakah sumber yang patut dipercayai?

Persoalannya, layakkah Muawiyah yang pernah menjadi seorang penulis wahyu baginda Nabi saw melakukan pembohongan dengan tangan yang pernah menulis wahyu di hadapan baginda? Kata Abu Sufyan kepada Nabi saw (maksudnya):.... dan Muawiyah engkau jadikan dia penulis di hadapanmu”. Sabda baginda: “Ya”. (Riwayat Muslim hadis ke-2501). Dengan jelas kita dapat melihat betapa berlaku pertentangan watak bagi sahsiah atau peribadi yang sama apabila riwayat sejarah dibandingkan dengan sumber yang dipercayai di dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Contoh lain yang lebih dahsyat lagi ialah riwayat yang dibawa oleh tokoh Syiah yang sangat buruk, Abu Mikhnaf di dalam Tarikh al-Tabari berhubung peristiwa tahkim yang berlaku antara wakil Ali iaitu Abu Musa al-Asyari dengan wakil Muawiyah bin Abi Sufyan iaitu Amr bin al-As.

assalammualaikum...

assalammualaikum...