Tuesday, July 14, 2009

Mengapa Jemaah Tabligh tidak berpolitik...

dipetik dari: Ruangan forum; http://www.tranungkite.net

assalamualaikum.....

maafkan saya .. kerana terlalu kerap sangat mendengar desas desus org mempertikaikan ketulusan jemaah tabligh...

sebelum itu saya ingin menyatakan yg saya merasakan saya bertanggung jawab bersuara atas situasi yg berlaku,,,

saya bukan sesiapa pun.. cuma insan biasa yg beragama islam dan mengharap redha dari allah... bagi saya yg mengkritik tabligh tidak bersalah.. cuma hidayah belum sampai di hati mereka untuk menerima apa yg tabligh bawa.....
moga allah sebarkan hidayat untuk mereka,,,

seperti yg dikatakan selalu... tabligh adalah kerja ....


tugas mengajak jiran solat ke masjid .. bukan bergantung pada kelompok (A) atau kelompok (B)

tugas mengajak orang kepada allah adalah tanggung jawab bersama,,,,,,
sesiapa mati tanpa kalimah laaailaahaillallah semua orang akan dipertanggung jawabkan,,,,,,

tak kira kelompok(A) atau kelompok (B) atau mana2 kelompok dalam islam....

dalam tabligh ,,,,,, ada 12 usul yg selalu diterapkan ketika berdakwah

kalau tuan2 mahu tahu ,,, harus ikut dan dengar dgn niat ingin berlajar
bukan duduk mencari silap...
kerana kalau duduk mencari silap.. allah akan bukakan segala kesilapan.. dan kita akan lihat silap yg kecil disangkakan besar,,, bergantung pada niat yg busuk dalam hati......


salah satu usul dalam 12 usul itu ialah tidak berpolitik,,,,,,
apa maksud tidak berpolitik?
yang selalu org terangkan ialah tidak mahukan perpecahan,,,,
atau lebih senang tidak mahu menyentuh isu2 yg menjadi penyebab pecah belah ......

yg saya belajar
contoh yg kita lihat dizaman nabi,,,,,,,
nabi muhammad s.a.w pernah memberitahu huzaifah nama2 puak2 munafiqin dizaman nabi dan melarang memberitahu org lain....

itu bermakna apa ?? nabi mahu jauhkan perpecahan dikalangan sahabat,,,, sedangkan dikala itu puak2 munafiqin berkecimpung sama2 sahabat .......
kalau nabi beritahu nama2 munafiqin..... akan timbul puak2 baru seperti mana yg terjadi pada syiah ,.,,,,, dan macam2 lagi .....

dan satu kali nabi memberitahu saidatina aishah yg hasan dan husin akan dibunuh dari mulut dan lehernya ,,, sorang dipancung dan sorang diracun......

lalu saidatina aishah memohon agar nabi mendoakan anaknya .....
dan nabi berkata,,,, doaku hanya untuk ummatku ........
nabi, allah bukakan perkara yg ghaib pada dia... kenapa dia tidak beritahu siapa yg akan bunuh hasan dan husin???
bahkan dia berkata doa dia hanya untuk ummat .......

pernah satu ketika ketika saya di alexandria .. menuju ke victoria dgn menaiki train........
ketika itu dalam keadaan sesak .. kami berdua dgn sahabat saya dari azerbaijan ,,,, duduk ,,,pada masa itu datang seorang perempuan kristian qibtiyyah mengendong anak dan berdiri .... kerana tempat semuanya penuh.....

maka kami berdiri dan berikan tempat pada perempuan itu ...
maka datang seorang arab mesir ....lalu berbisik.....

hey kenapa engkau berikan kerusi pada org kristian ini... bukankah engkau tahu dia kristian.....

maka kawan saya beritahu,,,, allah!! hey!! minta maaf,,, islam datang dengan akhlaq,,,,,,, bukan dgn cara macam ni....
kalau cara macam ni lah ... org akan jauh dari islam.......
tentang ikram pada manusia ... tak kira pada sesiapa pun.. islam atau kuffar,,,,
lalu arab itu bertanya ..., engkau belajar mana...??
kami diazhar.... oo dia minta maaf dan kami pun minta maaf mungkin bukan salah dia ... cuma menanti hidayat saja......


dan juga sahabat2 pada zaman nabi.... kalaulah mereka menumpu kan islam hanya dimasjid2 sahaja ... maka kita sekarang tengah minum todi sambil chating .....

mereka bertebaran....... adakah mereka berdakwah hanya halaqah2 dalam masjid??
ramai yg berkata org tabligh pergi rumah kerumah adalah bidaah dan nabi tidak pernah buat ,,,
nak tanya dalam berapa tahun nabi menjalankan usaha dakwah,,,, adakah hanya didalam masjid saja nabi berdakwah???

seperti juga yg berlaku pada amru bin al asr,,, sewaktu membuka mesir... kenapa amru bin alasr tidak menghancurkan segala patung2 yg ada dinegeri mesir .. padahal mesirlah ibu segala berhala2 apda zaman itu ....

islam datang dgn akhlaq dan ikram.....
sahabat sampai dinegeri china.. adakah mereka pandai bertutur dgn bahasa china???
bagaimana penduduk china boleh islam??
sahabat hanya menunjukkan akhlaq,,,, berjual beli amanah dan macam2,,,,,,,

perpecahan dikalangan ummat islam adalah kesukaan bagi yahudi .....
seperti mana yg berlaku pada zaman khilafah uthmaniah ....

dikala itu masing2 gilakan kuasa dan harta ... hingga meletakkan agama dibawah mereka ,,, disitu timbulnya perkauman dan perpecahan ...
hingga tersungkurnya islam ..


ramai orang kata .... apa tanggung jawab tabligh dalam membangunkan islam dimalaysia ....

tanggung jawab semua org .. ialah membangunkan islam dalam jiwa2 manusia ...
tanggung jawab semua org ialah untuk membangunkan islam diseluruh alam .. bukan dimalaysia sahaja ...kalau kita fikirkan bagaimana nak bangunkan islam dimalaysia,,so apa tanggung jawab kita pada negara2 jiran yg tidak islam??islam hanya dimalaysia sahaja kah ??
islam hanya melayu sahajakah??

..
janganlah mengkecilkan skop kefahaman penyebaran islam ,,,

adakah nabi pernah berkata .. bagaimana nak membangunkan kerajaan islam disaudi???
nabi terapkan iman dahulu dalam diri sahabat ,, barulah mereka bertebaran kemerata tempat hinggalah kemalaysia......

ramai yg berkata tabligh tak pernah menerima apa2 ancaman dari mana2 pihak,,,,

kalau mahu tahu,,, cuba try ikut sekali bersama jemaah tabligh dan akan tahu dimana dugaannya ....

macam2 dugaan yg mereka terima... bagaimana nak berhadapan dgn org yg tahu agama tapi ego dan sombong.....

dan bagai mana nak berhadapan dgn org jahil yg bongkak .....

kadang2 berhadapan dgn org jahil lebih mudah dari berhadapan dgn org berilmu tak beramal......
macam2 jenis org mereka jumpa......

ada yg kena halau dan macam2......
dalam tabligh mereka belajar macam mana mahu menahan sabar dan macam mana nak belajar taat ,,,,,,

ramai org kata .... sunnah nabi seperti serban dan jubah adalah pakaian adat arab dulu2

kita cintakan nabi ..... so apa bukti kita cintakan nabi???
bagai mana kita nak praktikkan hadis nabi
(tidak beriman seseorang itu sehinggakan dia menyukai aku lebih dari keluarganya )

cinta seseorang pada yg dicinta .. ia akan cinta apa yg berkaitan dgn hidup dia ,,,,,,kalau benci sunnah dan tak mengamalkan sunnah .... diam jgn berkata ....

tak amal... tapi pertikai ..
kita buat perbandingan.....
kalau masa solat jumaat ada dua khatib

datang (a) dgn pakai topi cap dan Tshirt dan seluar jeans sebagai khatib
dan datang (b) dgn pakai jubah dan serban..
antara dua ni mana yg tuan2 akan pilih sebagai khatib?

anak kecil pun pandai pilih ,,,,,,,,
ramai org pertikaikan org tabligh tinggalkan anak bini ,,,,,,

contoh ,,, org selalu ceritakan perihal suami yg kerja diluar negara,,, suami saya kerja di uk.. 2 tahun sekali balik.....

lalu mereka menjawab.. ee bagusnya ,, untung awak dapat suami mcm tu .. mesti senang hidup awak....

tapi kalau org kata .. suami saya pergi fi sabilillah 4 bulan....

org kata ee betul?? habis nafkah macam mana??:O
ai pelik.... pasal nak tegakkan islam nak bina islam dalam jiwa ... itu org pertikaikan.....

nak tanya.....
yg bising2 selalu pasal islam ni..... berapa banyakkah pengorbanan yg antum2 semua lakukan demi agama??

berapa kalikah ajak jiran2 kemasjid?? berapa kalikah dalam sebulan antum ceritakan kebesaran allah pada org lain ???

dalam semua kawan2 antum berapa ramai kah yg antum telah berjaya mengubah hidup dia kembali kejalan allah???

ramai org berdakwah ....
tapi berdakwah dgn teguran yg menjatuhkah .. bukan teguran yg membina,,,,

berdakwah ialah dgn niat belajar dan menasihati diri sendiri .. bukan berdakwah dgn niat untuk mengajar.. kalau berdakwah dgn niah untuk mengajar,,,,

kita akan merasakan sekeliling kita semuanya tak betul , dan akan timbul rasa ingin betulkan ,,,,,

jadi kat situ boleh masuk sikit bau2 riak dan takabbur ....


wallahuaaa lam....sekian




No comments:

Post a Comment

assalammualaikum...

assalammualaikum...